http://beliabangkit.blogspot.com/2015/12/kes-bunuh-zulkifli-masyarakat-jangan.html#.VvNPbOJ97cc
isu ini adalah antara isu yang hangat diperkatakan oleh masyarakat setempat dan masih menjadi ingatan sekiranya kita mnyebut tentang 'membunuh perompak ke tali gantung'. pastinya ianya memberi kesan yang dalam kepada masyarakat hukuman yang diberikan adalah tidak patut pada pendapat masyarakat hari ini.
berbalik kepada hak asasi manusia, cuba saya kaitkan hak individu dalam perundangan, seharuskan kita boleh lihat dari pelbagai sudut sebelum kata putus di berikan. apakah punca utama yang menyebabkan individu tersebut mengambil tindakan sedemikian? apakah kerana dirinya atau kerana orang lain? sekiranya masih juga tidak dapat menentukan kesahihannya, kita boleh rujuk pada pandangan pihak yang lebih baik dalam kes ini.
pada pendapat saya sendiri, Di Malaysia kita menjadikan agama islam adalah agama rasmi, akan tetapi mengapa dalam sistem peundangan, tidak menyeluruh undang-undang islam? mengapa ? sedangkan undang-undang islam yang tertulis dalam AlQuran adalah undang-undang yang sepatutnya kita ikutkan. tapi Di Malaysia, hukuman bunuh tanpa niat, tetap kes jenayah yang harus diberikan balasan yang setimpal.
masyarakat menjadikan hal ini sebagai isu yang berat, ekoran kerana niat pembunuh adalah untuk melindungi dan merasaka seakan tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. kita sendiri juga boleh berfikir, macam mana kalau kejadian ini berlaku pada kita. apakah kita akan melihat sahaja. ?
dimana undang-undang yang dapat membela nasib bapa ini....?
PANDANGAN AWAL TENTANG KES BAPA PEMBELA KELUARGA
http://www.harakahdaily.net/index.php/lain-lain/39220-pandangan-awal-tentang-kes-zulkifli
Saya menjumpai satu ulasan yang sangat menarik tentang kes ini, dimana ada pandangan kita boleh kata ianya bukan cakap kosong atau hanya berfikiran logik, ianya adalah kata kata yang merujuk kepada AlQuran dan AsSunnah yang mana sumber ini adalah sumber utama dan sumber yang diharuskan menjadi rujukan utama sekiranya berlaku sesuatu pekara.
sayangnya, ini hanyalah pandangan awal sahaja kerana pandangan ini tak diterima. jika kita baca penuh halaman ini, ianya memang jelas hujah hujah yang dapat membantu Encik zulkifli terselamat dari hukuman gantung. akan tetapi mungkin terdapat kekurangan di mana mana yang menyebabkan hujah ini ditolak
KESIMPULAN.
Bagi saya, hak undang undang kepada individu alah tidak sama rata di dunia. kita manusia yang lemah yang perlu banyak belajar dan masyarakat yang prihatin untuk mendengar tapi tiada hak untuk membebaskan adalah sukar untuk mendapatkan sebuah negara yang aman.
semoga kita mengambil satu pengajaran yang bermanfaat daripada kes ini. yang buruk itu datang dari kita, yang baik datangnya daripada Allah.