Wednesday, 23 March 2016

Henkin (1989) Political

http://www.utusan.com.my/rencana/tidak-sehati-sejiwa-dalam-sebuah-negara-1.127835

Henkin (1989) menyatakn sesorang itu mempunyai hak dalam bidang politik. ini bermakna , mereka mempunyai hak untuk mebuat pilihan siapakah pemimpin bagi sesebuah negara. di Malaysia, sistem demokratik dalam pilihanraya diamalkan. ini bermakna, setiap individu mempunyai hak untuk mengundi pemimpin mereka.

dalam situasi yang diberikan, rakyat di Malaysia gemar dan sangat suka untu terlibat dalam bidang politik. ye ini tidak menjadi satu kesalahan pun untuk mereka berkempen secara besar-besaran sekiranya ianya tidak mengancam keamanan negara tersebut. tapi oleh kerana kempen yang diadakan seakan tidak jelas apakah tujuan utama dilakukan dan apakah manfaat bila dibuat serta apakah perbezaan sebelum dan selepas kempen dijalankan juga tidak memberi apa-apa kesan , mengapa masih lagi hendak dilakukan.

kempen Bersih yang dijalankan pada hari-hari yang hampir pada kemerdekaan mungkin dapat menaikkan semangat patrotik dalam diri mereka. mungkin mereka cuba menyedarkan , tanpa sokongan rakyat pada suatu ketika dahulu, kemerdekaan mungkin tidak dapat capai dan anak muda pada masa kini, mungkin tidak hidup dalam keadaan aman dan damai seperti hari ini.

teteapi, siapakah yang paling banyak terlibat dalam kempen ini? siapakah yang mendatangkan kemarahan dari pelbagai pihak? pihak yang terlibat adalah generasi muda dan generasi yang hidup selepas tahun 60-an. mengapa mereka mereka ini yang terlibat sedangkan mereka ini hidup selepas kemerdekaan. apakah mereka ini sebenarnya tidak dapat merasakan apa erti kemerdekaan yang sebenra. di sini kita dapat lihat, pihak kerajaan atau pihak yang terlibat mestilah memainkan satu peranan yang penting untuk meningkatkan kefahaman rakyat tentang hal negara. sekiranya mereka menyalahertikan isu-isu negara, pasti keadaan negara kita tidak akan aman dan hak keselamatan tidak dapat jaminan.



No comments:

Post a Comment