Wednesday, 29 June 2016

Senjata berbisa

http://international.sindonews.com/read/1120561/40/dosen-universitas-malaysia-bilang-osama-bin-laden-sosok-fiktif-1467176400

bila disebut tentang 11 september, ramai yang teringat akan peristiwa yang menjadi isu yang besar dan sehingga sekarang, peristiwa itu meninggalkan kesan yang dalam pada seluruh manusia. melalui kisah dan latar belakang yang diceritakan, perkara ini tidak dapat dikupas akibat daripada penyebaran fitnah yang berlaku dengan sangat cepat dan pantas.

penyebaran yang dibuat adalah melalui media massa dan menimbulkan persengketaan antara pelbagai pihak. melalui pandangan Dr. Zakir Naik sendiri tentang isu ini, walaupun islam difitnah sebagai agama yang kejam akan tetapi melaui peristiwa ini juga lebih ramai yang memeluk dan memilih agam islam. bagaimana media massa boleh memanipulasikan keadaan tetapi dengan pegangan terhadap al quran dan as-sunnah , perkara sedemekian dapat ditangani dengan sebaiknya dan kita tetap utuh serta hiti tidak mudah untuk berpaling bertukar arah ke arah yang membawa kerosakkan .

Perkahwinan Campur - 'hak bersama tercinta'

'Ini betul-betul keluarga 1Malaysia!’
'Ini betul-betul keluarga 1Malaysia!’ - Nasional - Sinar Harian http://www.sinarharian.com.my/nasional/ini-betul-betul-keluarga-1malaysia-1.534731

hari ini perkahwinan campur menjadi tidak asing dengan kehidupan kita . malahan menjadi semakin mudah untuk diterima dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. pelbagai hikmah yang diperoleh melalui perkahwinan campur ini, antaranya penyebaran satu agama ini mudah untuk diterima dan difahami.

melalui artikel yang dipilih, perkahwinan campur ini membolehkan satu institusi kekeluargaan ini berkembang biak dengan cepat dan meriah dengan pertukaran budaya sesama mereka. walaupun sudah memiliki dunia yang baru iaitu alam rumah tangga, walaubagaimanapun , semua jenis perayaan akan disambut untuk mengeratkan silaturahim.

tidaklah diketepikan yang sudah menjadi sebati dalam kehipan dan tidak dihalangi untuk berbuat sedemikian :)

adakah islam terrorist ?


awal bulan may baru baru ini, adik Nina Grace telah memeluk agama islam dan diislamkan secara terbuka oleh Dr. Zakir Naik iaitu seorang pembanding Agama yang terkemuka di didunia. Kedatangan Dr. Zakir Naik disambut oleh ribuan penduduk dari sekitar kawasan Kemaman dan yang berhampiran. walaupun pada awal hebahan kedatangan Dr. Zakir sedikit mendapat tentangan ekoran tajuk ceramahan yang diberikan adalah menyentuh soal sensitiviti agama dalam kalangan rakyat Malaysia, namun begitu, ramai rakyat Malaysia yang menentang tentang penahanan Dr. Zakir Naik dari terus menyampaikan penceramhan beliau. setelah pihak JAKIM meneliti isi kandungan yang dib erikan, tidak terdapat unsur-unsur yang boleh menggugt keamanan di Negara ini,. walaubagaimanapun, penceramah tersebut haruslah meletakkan tajuk yang sesuai.

islam merupakan agama yang tidak memaksa mereka untuk memasuki dan belajar tentang islam. adik Nina Grace telah diislamakan di khalayak ramai dengan rela hati dan tidak terdapat paksaan. dan hebahan media yang menyatakan agama islam adalah agama yang memeaksa adalah silap sama sekali. malahan media massa merupakan senjata yang boleh menggugat penyebaran agama islam sekiranya penyampaian maklumat yang diberikan adalah salah danti tepat.

rakyat hari ini, seharusnya bijak menggunakan kemudahan yang dibekalkan pada kita hari ini, semua yang diuar-uarkan adalah maianan daripada pelbagai pihak. tidak semua penyebaran yang disampaikan adalah dalam bentuk kekejaman sedangkan mereka yang datang tanpa dipaksa. kita seharusnya adil dalam meneliti sesuatu maklumat yang diberikan.



Saturday, 21 May 2016

Consumerism

Ramai pengguna yang tidak mengambil peduli tentang kontrak yang mereka telah terlibat sehari hari. ramai yang telah menganggap ianya sesuatu yang mudah. ramai juga tidak mengetahui hal ini selanjutnya. 
pihak syarikat pula ramai yang tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah pengguna mereka kurang tahu terdapat undang-undang yang boleh digunapakai bagi mengelakkan pengguna mereka tertipu. 
disini saya telah memilih untuk berkongsi satu akta dan mededahkan kepada semua, bagaimana akta ini boleh melindungi kita semua

Kontrak Jualan Lansung(AJL)
Keterangan/Definisi
Seksyen 2 AJL 93- merupakan ‘jualan dari pintu ke pintu’ dan jualan pesanan pos.
‘jualan pintu ke pintu’ membawa maksud jualan barang dan perkhidmatan yang dijankan secara Pergi dari satu tempat ke satu tempat selain daripada tempat perniagaan yang ditetapkan atau Membuat panggilan telefon, mencari orang yang bersedia untuk membuat kontrak sebagai pembeli.
Jualan pesanan pos – jualan barang dan perkhidmatan yang dijalankan oleh seseorang, atau orang yang diberikan kuasa untuk menjalankan perniagaan, dengan menerima tawaran bagi kontrak jualan melalui pos.
Isu-Isu/Ulasan
Image result for consumerismSebelum AJL digubal, tidak terdapat mana-mana akta yang mengawal industri jualan lansung. Oleh itu, AJL digubal bertujuan untuk mengawal industri jualan lansung yang terdapat banyak penipuan ke atas pengguna. Kerajaan menggubal Undang-Undang tersebut bagi memastikan pelindungan pengguna, menggalakan pertumbuhan kaedah jualan secara lansung yang lebih beretika dan menghapuskan skim piramid.
Antara perlindungan pengguna dalam kontrak jualan lansung adalah
a.       Lesen Jualan Lansung
Jualan lansung hanya boleh dijalankan oleh syarikat yang mempunyai lessen yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Syarikat pula haruslah syarikat yang didaftarkan dibawah Akta Syarikat 1965. Perniagaan pemilakan tunggal, perkongsian dan Koperasi tidak dibenarkan menjalankan perniagaan secara lansung. Tujuan syarat dikenakan adalah bertujuan melindungi pengguna dengan memastikan pengendalian perniagaan ini adalah ah pendaftarannya dan jika terdapat masalah, syarikat ini mudah dikesan. Namun begitu, kemnterian boleh mengecualikan individu daripada peruntukan AJL melalui suatu perintah.
Menteri pernah mengeluarkan Perintah Jualan Lansung (pengecualian) 1993 yang mengecualikan peruntukan AJL dan Peraturan-Peraturan Jualan Lansung 1993 kepada individu yang menjalankan perniagaan lansung yang mana nilainya adalah tidak melebihi RM50.




b.      Jualan Pintu Ke Pintu
Seksyen 17(1) AJL telah menetapkan bahwa tiada sesiapa pun yang dibenarkan membuat kunjungan ke mana-mana premis untuk merundingkan jualan dari pintu ke pintu melainkan waktu-waktu yang ditetapkan. Mengikut peraturan 10, masa yang ditetapkan adalah pada hari bekerja iaitu pada jam 9 pagi sehingga 7 malam, sekiranya luar daripada masa tersebut, hendaklah mebuat temujanji terlebih dahulu. Tujuan hal ini dilakukan adalah supaya pengguna tidak diganggu oleh jurujual tanpa mengira waktu.
Jurujual yang memasuki mana-mana kawasan premis hendaklah menyatakan maksud kedatangannya seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 17. Peruntukkan ini dimasukkan adalah bertujuan untuk mengatasi masalah jurujual yang seringkali mengugut pengguna yang beliau tidak akan meninggalkan premis pengguna sekiranya pengguna tidak membeli barangan yang dipromosikan.
c.       Jualan pesanan Pos
AJL menetapkan jualan melalui pos hendaklah mempunyai maklumat yang telah ditetapkan seperti nama dan nombeo lessen orang yang mengeluarkan iklan, nombor telefon orang yang mengeluarkan iklan. Hal ini adalah bertujuan untuk iklan mengandungi maklumat yang betul mengenai barang dan juga orang yang mengiklankan barang tersebut. Sekiranya terdapat kepalsuan dalam maklumat yang diberikan, hal ini merupakan satu kesalahan. AJL juga telah menetapkan satu kesalahan bagi jualan secara pos yang tidak memberikan satu sampel terlebih dahulu untuk diperiksa oleh pengguna.
d.      Kehendak-kehendak Kontrak Jualan Lansung
Kontrak jualan lansung yang nilainya adalah melebihi RM300, kontrak hendakalah dibuat secara bertulis,mengandungi kenyataan berhubung dengan tempoh bertenang dan ditandatangi oleh penjual dan pembeli.
Seksyen 23(1) (b) menetapkan bahwa tempoh betenang adalah selama sepuluh hari tempoh bekerja hendaklah diberikan kepada pembeli yang bermula pada hari selepas tarikh pembuatan sesuatu kontrak telah ditandatangani. Dalam tempoh ini juga, tiada barang yang boleh diserahkan dan tiada pekhidmatan boleh dilaksanakan. Pembeli juga hendaklah diberikan kontrak pendua selepas kontrak ini dibuat.
Tujuan tempoh ini diberikan adalah untuk membolehkan pembeli berunding dengan ahli keluarga yang lain atau memikirkan semula kontrak yang telah ditandatangani. Peruntukkan ini bertujuan mengatasi jurujaul yang mamaksa pembeli untuk membayar sejumlah wang permulaan ataupun deposit. Sekiranya pembeli telah menukarkan fikiran untuk membatalkan kontrak, pembeli boleh meneruskan niatnya kerana kntrak yang dibuat belim dikuatkuasakan. Mana-mana kontrak jualan lansung yang tidak mematuhi seksyen ini, kontrak jualan lansung noleh batal serta-merta.




e.       Kandungan Kontrak Jualan Lansung.
Seksyen 24 (2) menjadikan suatu kontrak jualan lansung itu batal sekiranya ia tidak mengandungi butir-butir yang dinyatakan dalam seksyen 24 (2) (1).
f.       Larangan mengenepikan hak yang diberikan kepada pembeli.
AJL mengandungi peruntukkan yang melarang apa-apa hak yang diberikan kepada pengguan di bawaj AJL daripada disingkirkan, dihadkan, atau diubah. Peruntukkan ini bertujuan bagi memastikan objektif AJL untuk mengawalseliaan penjualan lansung tercapai dalam kepentingan pengguna.

KOMEN
Pada pendapat saya, undang undang AJL yang telah digubal oleh pihak kementerian sangat penting dan benar benar memberi pelindungan kepada pihak pembeli atau pengguna. Undang-Undang lagi Nampak jelas sumbangan nya apabila pembeli atau pengguna itu tahu atau telah didedahkan dengan undang undang ini. Hal ini adalah supaya mereka tahu yang apakah yang telah diperuntukkan AJL kepada mereka.
Pengguna atau pembeli yang telah didahkan akan lebih berhati-hati dalam memasuki kontrak jualan lansung dan tidak mudah tertipu. Lebih lebih lagi sekiranya terdapat masalah yang mungkin akan berlaku, mereka akan lebih bersedia kerana telah mempunyai makluman terlebih dahulu.
Pengguna yang tidak didahkan dengan undang-undang ini, kemungkinan akan mengalami kerugian yang amat besar dalam hidup mereka dan berkemungkianan akan menyukarkan pelbagai pihak untuk menyelesaikan. Pengguna yang mempunyai kesedaran tentang hal ini adalah pengguan yag bijak. Undang-undang yang digubal setiap masa hanya mampu menambahbaikkan keadaan tidak memberi jaminan perkara yang buruk tidak akan berlaku.


Saturday, 2 April 2016

Anomie (Jerebu)

http://www.bharian.com.my/node/76941

Ramai yang tidak sedar kepentingan alam sekitar ini kepada bumi ini. Setiap individu hendaklah memainkan peranan mereka untuk terus menjaga alam ini dan memastikan alam ini tidak berada dalam keadaan yang tercemar. Hal ini adalah kerana, alam yang berlakunya pencemaran akan menyebabkan kita manusia akan hidup dalam keadaan yang tidak selesa. Pencemaran pada Alam adalah seperti bauan, kotoran, pembakaran secara terbuka ataupun pencemaran air sumgai yang tidak bersih akibat pembuangan sampah yang tidak pada tempat yang sepatutnya.

keadaan Jerebu di sekitar Kuala Lumpur tahun 2015


hampir setiap tahun kita mengalami masalah jerebu yang didakwa disebabkan oleh pembakaran secara terbuka. perbuatan pembakaran secara terbuka adalah salah di sisi undang-undang kerana mengundang bahayanya. Sekolah mahupun pusat pengajian juga mengambil tindakan untuk ditutup sementara ekoran cuaca adalah sangat tidak bersih dan bimbang akan menjejaskan kesihatan.

apakah hak kita sebagai manusia dan juga rakyat sebagai masyarakat? apakah hak yang dituntut oleh Alam sekitar? kita hendaklah berbuat kebaikan pada alam sekitar kerana ia merupakan satu ciptaan Tuhan Yang Maha Esa, dan hak alam sekitar adalah kita mesti memelihara supaya hak individu pula terjamin iaitu hak menghirup udara yang bersih kerana ianya merupakan hak asasi utam kepada individu dan merupakan hak yang dimiliki tanpa batas. jadi sama sama lah kita mempeliharanya supaya maslah yang sering berlaku ini dapat dihindari atau paling kurang tidak menjejaskan kesihatan orang lain.

Friday, 1 April 2016

Law Of Right (Apple Vs Samsung / Samsung Vs Apple)


http://www.bharian.com.my/node/128654

Ini pula menjelaskan satu undang-Undang yang dirangka oleh oleh Manusia yang mana diadili oleh hakim yang berada di Makhamah. Undang-Undang yang boleh digubal berdasarkan peristiwa masa lampau dan boleh menyebabkan berlakunya ketidadilan dibumi ini.

saya memilih kes Apple vs Samsung yang mana Apple telah mendakwa Samsung meniru paten logo produk mereka, jadi kes ini telah dibawa ke Makhamah dan pada permulaan Apple menang dan Samsung perlu membayar pampasan tersebut.

walaubagaimanapun, Samsung membuat Rayuan dan kes tersebut dibawa pula kepada Makhamah dan Samsung pula yang Menang kes Rayuan tersebut. di Sini kita dapat lihat bagaimana undang-undang yang dibuat manusia boleh berubah dan mengikut keadaan.

pada pandangan saya, Samsung perlu menang kes ini adalah untuk menjaga imej syarikat mereka supaya pelanggan tak lari. begitu juga dengan Apple, mereka hanya mempertahankan hak mereka dan menggunakan undang-undang untuk menyelesaikan masalah yang berupa sedemikian. walaupun begitu, kemenagan untuk kes mereka diadili oleh hakim yang berada di dalam makhamah tersebut.

Law Of Nature (HUDUD)

http://www.sinarharian.com.my/nasional/penolakan-hudud-adalah-ujian-umat-islam-1.383129

Apa yang saya faham tentang hukum yang dikatakan semulajadi adalah hukum yang ditetapkan oleh Tuhan Seluruh Alam. Hukum yang kita manusia tidak ada tokok tambahnya dan telah dinyatakan dalam mukjizat Nabi Muhammad iaitu Sumber Utama,AlQuran.

Hukum Hudud adalah Hukum yang telah dinyatakan dalam AlQuran secara terang-terangan dan pastilah ianya mewajibkan kita untuk melaksanakannya. walaubagaimanapun, mengapa masih lagi menentang...?

pada pandangan saya, mereka yang menentang hukum yang di turunkan dari Tuhan adalah mereka yang kurang ilmu agamanya dan takut akan hukuman tetapi bukannya takut akan Tuhan. sekiranya hukum Ini dijalankan, masalah mengenai zina, kelahiran anak di luar nikah, budak yang berzina, dan mereka yang memerangi Allah pasti tidak akan terjadi kerana hukuman itu sememangnya layak diterima mereka yang berbuat demikian.

walaubagaimanapun, hukuman yang dinyatakan bukannya terus dilakukan membabi buta, berzina terus direjam, bukan... bukan dan tidak. AsSunnah kita pula ada menerangkan saat bila hukuman itu boleh dilaksanakan, sebagai contoh, umurnya berapa, saksi kejadian adalah berapa dan sebagainya. Hari ni ramai yang menolak Hudud Kerana merasakan Hukuman itu terasa kejam, Di akhirat kelak, lagi teruk dari ini yang dikenakan.

Firman Allah:

''Maka jika kamu tidak dapat membuat(nya) dan pasti kamu tidak dapat membuat(nya), peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu yang disediakan untuk orang kafir"
(AlBaqarah:24)

Pada kefahaman saya tentang Firman Allah, tujuan hukum Hudud adalah unutuk memelihara diri kita, dan sekiranya kita tak melaksanakannya, peliharalah juga diri kita, tetapi mampukah kita memelihara diri kita? wallahua'lam.



Thursday, 24 March 2016

Buergenthal (1988) Legal

KISAH BAPA MENYELAMATKAN KELUARGA MEMBUNUH PEROMPAK KE TALI GANTUNG
http://beliabangkit.blogspot.com/2015/12/kes-bunuh-zulkifli-masyarakat-jangan.html#.VvNPbOJ97cc

isu ini adalah antara isu yang hangat diperkatakan oleh masyarakat setempat dan masih menjadi ingatan sekiranya kita mnyebut tentang 'membunuh perompak ke tali gantung'. pastinya ianya memberi kesan yang dalam kepada masyarakat hukuman yang diberikan adalah tidak patut pada pendapat masyarakat hari ini.

berbalik kepada hak asasi manusia, cuba saya kaitkan hak individu dalam perundangan, seharuskan kita boleh lihat dari pelbagai sudut sebelum kata putus di berikan. apakah punca utama yang menyebabkan individu tersebut mengambil tindakan sedemikian? apakah kerana dirinya atau kerana orang lain? sekiranya masih juga tidak dapat menentukan kesahihannya, kita boleh rujuk pada pandangan pihak yang lebih baik dalam kes ini.

pada pendapat saya sendiri, Di Malaysia kita menjadikan agama islam adalah agama rasmi, akan tetapi mengapa dalam sistem peundangan, tidak menyeluruh undang-undang islam? mengapa ? sedangkan undang-undang islam yang tertulis dalam AlQuran adalah undang-undang yang sepatutnya kita ikutkan. tapi Di Malaysia, hukuman bunuh tanpa niat, tetap kes jenayah yang harus diberikan balasan yang setimpal.

masyarakat menjadikan hal ini sebagai isu yang berat, ekoran kerana niat pembunuh adalah untuk melindungi dan merasaka seakan tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. kita sendiri juga boleh berfikir, macam mana kalau kejadian ini berlaku pada kita. apakah kita akan melihat sahaja. ?

dimana undang-undang yang dapat membela nasib bapa ini....?


PANDANGAN AWAL TENTANG KES BAPA PEMBELA KELUARGA

http://www.harakahdaily.net/index.php/lain-lain/39220-pandangan-awal-tentang-kes-zulkifli

Saya menjumpai satu ulasan yang sangat menarik tentang kes ini, dimana ada pandangan kita boleh kata ianya bukan cakap kosong atau hanya berfikiran logik, ianya adalah kata kata yang merujuk kepada AlQuran dan AsSunnah yang mana sumber ini adalah sumber utama dan sumber yang diharuskan menjadi rujukan utama sekiranya berlaku sesuatu pekara.

sayangnya, ini hanyalah pandangan awal sahaja kerana pandangan ini tak diterima. jika kita baca penuh halaman ini, ianya memang jelas hujah hujah yang dapat membantu Encik zulkifli terselamat dari hukuman gantung. akan tetapi mungkin terdapat kekurangan di mana mana yang menyebabkan hujah ini ditolak

KESIMPULAN.

Bagi saya, hak undang undang kepada individu alah tidak sama rata di dunia. kita manusia yang lemah yang perlu banyak belajar dan masyarakat yang prihatin untuk  mendengar tapi tiada hak untuk membebaskan adalah sukar untuk mendapatkan sebuah negara yang aman.

semoga kita mengambil satu pengajaran yang bermanfaat daripada kes ini. yang buruk itu datang dari kita, yang baik datangnya daripada Allah.

Wednesday, 23 March 2016

Henkin (1989) Political

http://www.utusan.com.my/rencana/tidak-sehati-sejiwa-dalam-sebuah-negara-1.127835

Henkin (1989) menyatakn sesorang itu mempunyai hak dalam bidang politik. ini bermakna , mereka mempunyai hak untuk mebuat pilihan siapakah pemimpin bagi sesebuah negara. di Malaysia, sistem demokratik dalam pilihanraya diamalkan. ini bermakna, setiap individu mempunyai hak untuk mengundi pemimpin mereka.

dalam situasi yang diberikan, rakyat di Malaysia gemar dan sangat suka untu terlibat dalam bidang politik. ye ini tidak menjadi satu kesalahan pun untuk mereka berkempen secara besar-besaran sekiranya ianya tidak mengancam keamanan negara tersebut. tapi oleh kerana kempen yang diadakan seakan tidak jelas apakah tujuan utama dilakukan dan apakah manfaat bila dibuat serta apakah perbezaan sebelum dan selepas kempen dijalankan juga tidak memberi apa-apa kesan , mengapa masih lagi hendak dilakukan.

kempen Bersih yang dijalankan pada hari-hari yang hampir pada kemerdekaan mungkin dapat menaikkan semangat patrotik dalam diri mereka. mungkin mereka cuba menyedarkan , tanpa sokongan rakyat pada suatu ketika dahulu, kemerdekaan mungkin tidak dapat capai dan anak muda pada masa kini, mungkin tidak hidup dalam keadaan aman dan damai seperti hari ini.

teteapi, siapakah yang paling banyak terlibat dalam kempen ini? siapakah yang mendatangkan kemarahan dari pelbagai pihak? pihak yang terlibat adalah generasi muda dan generasi yang hidup selepas tahun 60-an. mengapa mereka mereka ini yang terlibat sedangkan mereka ini hidup selepas kemerdekaan. apakah mereka ini sebenarnya tidak dapat merasakan apa erti kemerdekaan yang sebenra. di sini kita dapat lihat, pihak kerajaan atau pihak yang terlibat mestilah memainkan satu peranan yang penting untuk meningkatkan kefahaman rakyat tentang hal negara. sekiranya mereka menyalahertikan isu-isu negara, pasti keadaan negara kita tidak akan aman dan hak keselamatan tidak dapat jaminan.



Tuesday, 22 March 2016

Rhoda E.Howard -Sociologist

https://www.malaysiakini.com/news/303588

mengikut apa yang telah dipelajari, saya mengambil isu gelandangan dalam menerangkan lebih lajut tentak hak dalam aspek sosiologist yang dibawa oleh Rhoda E.Howard yang mana menyatakan hak asasi dalam setiap manusia atau individu adalah sama rata, tetapi bagaimana pula dengan mereka yang dipanggil gelandangan? apakah mereka juga dapat menikmati hak yang sepatunya mereka dapat? 


saya mengabil berta mengenai ''Pusat Untuk Gelandangan'' yang mana agak menarik saya untuk mengupas tentang hal ini.
Banyak usaha daripada masyarakat seempat dan pihak yang berkuasa membantu dalam menangani masalah ini seperti menyediakan tempat tinggal, makanan dan pakaian mereka serta cuba mendapatkan mereka pekerjaan.

akan tetapi, pakah dengan berbuat sedemikian masalah ini akan dapat diselesaikan? tidakkah mereka si gelandangan ini yang harus memperjuangkan hak mereka? apakah kerana mereka rasa mereka ini adalah golongan bawahan maka tiada siapa yang sudi mendengar luahan hati mereka? tidak, jika merka tahu apa yang selayaknya mereka dapat pastinya mereka akan memperjuangkan dan kehidupan gelendangan pastinya tiada belegar di sekitar kawasa ibu kota kita.

pada pendapat saya, selain menyediakan keperluan fizikal untuk mereka, adalah lebih baik menyediakan keperluan dari segi mental yang mana interaksi sebagai masyarakat yang prihatin dapat ditunjukkan supaya mereka rasa mereka ini diperlukan di dalam masyarakat kita terutama Negara kita, Negara Malaysia yang ingin menuju ke arah negara maju pastinya pengangguran dan gelandangan bersih di bawah 4%.

cuba jadikan mereka ini sebagai keluarga, jika kita sediakan tempat tinggal mereka, membina lebih banyak pusat untuk mereka tetapi tiada komunikasi rakyat dalam pusat itu, tidakkah sama keadaannya sekiranya mereka berada di luar kawasan tersebut membuat hal sendiri juga,  pelbagai aktiviti yang cuba dilakukan untu mendekati gelandangan ini dan mencari punca masalah mereka.

mereka ini emerlukan pendebgar seperti kita, tempat untuk meluah rasa. siapakah yang sudi mendengar rintihan mereka? bagi saya mereka memrlukan satu motivasi yang besar dari kita semua, bukannya satu pandangan yang hina atau menjengkelkan . ada pula anak muda kita hari ini memanggil mereka 'orang gila' sorotan mereka ini berkeliaran, mereka tak ganggu kita tapi sedaya upaya kita akan menolong mereka keluar dari lembah gelandangan dan hidup dalam keadaan yang mengamankan.

Thursday, 17 March 2016

DISENCHANTED


"DISENCHANTED"


Well I was there on the day
They sold the cause for the queen,
And when the lights all went out
We watched our lives on the screen.
I hate the ending myself, 
But it started with an all right scene.

It was the roar of the crowd
That gave me heartache to sing.
It was a lie when they smiled
And said, "you won't feel a thing"
And as we ran from the cops
We laughed so hard it would sting

Yeah yeah, oh

If I'm so wrong (so wrong, so wrong)
How can you listen all night long? (night long, night long)
Now will it matter after I'm gone?
Because you never learn a god damned thing.

You're just a sad song with nothing to say 
About a life long wait for a hospital stay
And if you think that I'm wrong, 
This never meant nothing to ya

I spent my high school career
Spit on and shoved to agree
So I could watch all my heroes
Sell a car on tv
Bring out the old guillotine 
We'll show 'em what we all mean.

Yeah yeah, oh

If I'm so wrong (so wrong, so wrong)
How can you listen all night long? (night long, night long)
Now will it matter long after I'm gone?
Because you never learn a god damned thing.

You're just a sad song with nothing to say 
About a life long wait for a hospital stay
And if you think that I'm wrong, 
This never meant nothing to ya

So go, go away, just go, run away.
But where did you run to? And where did you hide?
Go find another way, price you pay

Woah, Woah, Woah, Woah, Woah, Woah 

You're just a sad song with nothing to say 
About a life long wait for a hospital stay
And if you think that I'm wrong, 
This never meant nothing to ya, come on

You're just a sad song with nothing to say 
About a life long wait for a hospital stay
And if you think that I'm wrong, 
This never meant nothing to ya

At all, at all, at all, at all


lagu yang dipilih adalah lagu yang dinyanyikan MyChemical Romance yang sangat popular pada suatu ketika dahulu. menjadi punca utama saya memilih untuk mengambil lagu ini sebagai tajuk ulasan adalah kerana keseluruhan lagu tersebut membuatkan saya terpikir apakah yang sebenarnya telah saya capai sepanjang hidup dalam dunia ini.

pada pendapat saya sendiri, lagu ini menceritakan keseronokan semasa hidup di dunia, kebebasan dalam melayari bahtera sebuah kehidupan. tidak pelu menghiraukan orang sekeliling dan bersusah payah memikirkan kesan yang tinggal jika ada yang terluka,.

apa yang saya cuba kaitkan adalah, lirik yang cuba disampaikan dengan hak kita sebagai manusia yang hidup di atas bumi ini adalah, apakah hak hak yang sepatutnya kita dapat , yang selayaknya kita dapat mesti kita sedar disaat akhir nyawa kita? disaat akhir nafas kita? tentulah tidak sama sekali. kita perlu menitik beratkan soal ini dan cuba menyenaraikan apakah yang boleh dimanfaatkan dan digunapakaikan untuk hidup dalam keadaan yang sejahtera.

akibatnya, sekiranya kita mengambil remeh tentang hal ini, kita mengkin akan menyesal seumur hidup dan kemungkinan kita akan menjadi pelarian kerana tidak mengenali erti kehidupan,. kita akan terasa seperti disisihkan oleh masyarakat dan ke mana mana kita yang sering menjadi mangsa ancaman kerana mudah ditindas sorotan tidak berani memperjuangkan diri.

akan tetapi, jika kita menyedari hal ini, kita akan berjalan dengan gembira dan melupakan kedukaan. berjalan dengan segak dan penuh bergaya melayari kehidupan ini. dan kita sendiri akan menyuruh mereka yang lain untuk befikir sejenak. sekiranya mereka bukan seperti yang dinyatakan , segeralah melakukan anjakan paradigma untuk melangkah kehadapan dan lupakan pertelingkahan ini.

kesimpulannya, kesedaran kita terhadap matlamat hidup ini sangat membantu dalam mengenalpasti kebenaran dan hak hak yang selayaknya kita dapat. hak sepatutnya kita rasai adalah, hak untuk berkawan, bergaul, begembira dan berjalan di tengah orang ramai. kita tidak merasakan kesepian jika kita membuka minda dan mata hati.

sekian, terima kasih.