Saturday, 2 April 2016

Anomie (Jerebu)

http://www.bharian.com.my/node/76941

Ramai yang tidak sedar kepentingan alam sekitar ini kepada bumi ini. Setiap individu hendaklah memainkan peranan mereka untuk terus menjaga alam ini dan memastikan alam ini tidak berada dalam keadaan yang tercemar. Hal ini adalah kerana, alam yang berlakunya pencemaran akan menyebabkan kita manusia akan hidup dalam keadaan yang tidak selesa. Pencemaran pada Alam adalah seperti bauan, kotoran, pembakaran secara terbuka ataupun pencemaran air sumgai yang tidak bersih akibat pembuangan sampah yang tidak pada tempat yang sepatutnya.

keadaan Jerebu di sekitar Kuala Lumpur tahun 2015


hampir setiap tahun kita mengalami masalah jerebu yang didakwa disebabkan oleh pembakaran secara terbuka. perbuatan pembakaran secara terbuka adalah salah di sisi undang-undang kerana mengundang bahayanya. Sekolah mahupun pusat pengajian juga mengambil tindakan untuk ditutup sementara ekoran cuaca adalah sangat tidak bersih dan bimbang akan menjejaskan kesihatan.

apakah hak kita sebagai manusia dan juga rakyat sebagai masyarakat? apakah hak yang dituntut oleh Alam sekitar? kita hendaklah berbuat kebaikan pada alam sekitar kerana ia merupakan satu ciptaan Tuhan Yang Maha Esa, dan hak alam sekitar adalah kita mesti memelihara supaya hak individu pula terjamin iaitu hak menghirup udara yang bersih kerana ianya merupakan hak asasi utam kepada individu dan merupakan hak yang dimiliki tanpa batas. jadi sama sama lah kita mempeliharanya supaya maslah yang sering berlaku ini dapat dihindari atau paling kurang tidak menjejaskan kesihatan orang lain.

Friday, 1 April 2016

Law Of Right (Apple Vs Samsung / Samsung Vs Apple)


http://www.bharian.com.my/node/128654

Ini pula menjelaskan satu undang-Undang yang dirangka oleh oleh Manusia yang mana diadili oleh hakim yang berada di Makhamah. Undang-Undang yang boleh digubal berdasarkan peristiwa masa lampau dan boleh menyebabkan berlakunya ketidadilan dibumi ini.

saya memilih kes Apple vs Samsung yang mana Apple telah mendakwa Samsung meniru paten logo produk mereka, jadi kes ini telah dibawa ke Makhamah dan pada permulaan Apple menang dan Samsung perlu membayar pampasan tersebut.

walaubagaimanapun, Samsung membuat Rayuan dan kes tersebut dibawa pula kepada Makhamah dan Samsung pula yang Menang kes Rayuan tersebut. di Sini kita dapat lihat bagaimana undang-undang yang dibuat manusia boleh berubah dan mengikut keadaan.

pada pandangan saya, Samsung perlu menang kes ini adalah untuk menjaga imej syarikat mereka supaya pelanggan tak lari. begitu juga dengan Apple, mereka hanya mempertahankan hak mereka dan menggunakan undang-undang untuk menyelesaikan masalah yang berupa sedemikian. walaupun begitu, kemenagan untuk kes mereka diadili oleh hakim yang berada di dalam makhamah tersebut.

Law Of Nature (HUDUD)

http://www.sinarharian.com.my/nasional/penolakan-hudud-adalah-ujian-umat-islam-1.383129

Apa yang saya faham tentang hukum yang dikatakan semulajadi adalah hukum yang ditetapkan oleh Tuhan Seluruh Alam. Hukum yang kita manusia tidak ada tokok tambahnya dan telah dinyatakan dalam mukjizat Nabi Muhammad iaitu Sumber Utama,AlQuran.

Hukum Hudud adalah Hukum yang telah dinyatakan dalam AlQuran secara terang-terangan dan pastilah ianya mewajibkan kita untuk melaksanakannya. walaubagaimanapun, mengapa masih lagi menentang...?

pada pandangan saya, mereka yang menentang hukum yang di turunkan dari Tuhan adalah mereka yang kurang ilmu agamanya dan takut akan hukuman tetapi bukannya takut akan Tuhan. sekiranya hukum Ini dijalankan, masalah mengenai zina, kelahiran anak di luar nikah, budak yang berzina, dan mereka yang memerangi Allah pasti tidak akan terjadi kerana hukuman itu sememangnya layak diterima mereka yang berbuat demikian.

walaubagaimanapun, hukuman yang dinyatakan bukannya terus dilakukan membabi buta, berzina terus direjam, bukan... bukan dan tidak. AsSunnah kita pula ada menerangkan saat bila hukuman itu boleh dilaksanakan, sebagai contoh, umurnya berapa, saksi kejadian adalah berapa dan sebagainya. Hari ni ramai yang menolak Hudud Kerana merasakan Hukuman itu terasa kejam, Di akhirat kelak, lagi teruk dari ini yang dikenakan.

Firman Allah:

''Maka jika kamu tidak dapat membuat(nya) dan pasti kamu tidak dapat membuat(nya), peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu yang disediakan untuk orang kafir"
(AlBaqarah:24)

Pada kefahaman saya tentang Firman Allah, tujuan hukum Hudud adalah unutuk memelihara diri kita, dan sekiranya kita tak melaksanakannya, peliharalah juga diri kita, tetapi mampukah kita memelihara diri kita? wallahua'lam.