Wednesday, 29 June 2016

Senjata berbisa

http://international.sindonews.com/read/1120561/40/dosen-universitas-malaysia-bilang-osama-bin-laden-sosok-fiktif-1467176400

bila disebut tentang 11 september, ramai yang teringat akan peristiwa yang menjadi isu yang besar dan sehingga sekarang, peristiwa itu meninggalkan kesan yang dalam pada seluruh manusia. melalui kisah dan latar belakang yang diceritakan, perkara ini tidak dapat dikupas akibat daripada penyebaran fitnah yang berlaku dengan sangat cepat dan pantas.

penyebaran yang dibuat adalah melalui media massa dan menimbulkan persengketaan antara pelbagai pihak. melalui pandangan Dr. Zakir Naik sendiri tentang isu ini, walaupun islam difitnah sebagai agama yang kejam akan tetapi melaui peristiwa ini juga lebih ramai yang memeluk dan memilih agam islam. bagaimana media massa boleh memanipulasikan keadaan tetapi dengan pegangan terhadap al quran dan as-sunnah , perkara sedemekian dapat ditangani dengan sebaiknya dan kita tetap utuh serta hiti tidak mudah untuk berpaling bertukar arah ke arah yang membawa kerosakkan .

Perkahwinan Campur - 'hak bersama tercinta'

'Ini betul-betul keluarga 1Malaysia!’
'Ini betul-betul keluarga 1Malaysia!’ - Nasional - Sinar Harian http://www.sinarharian.com.my/nasional/ini-betul-betul-keluarga-1malaysia-1.534731

hari ini perkahwinan campur menjadi tidak asing dengan kehidupan kita . malahan menjadi semakin mudah untuk diterima dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. pelbagai hikmah yang diperoleh melalui perkahwinan campur ini, antaranya penyebaran satu agama ini mudah untuk diterima dan difahami.

melalui artikel yang dipilih, perkahwinan campur ini membolehkan satu institusi kekeluargaan ini berkembang biak dengan cepat dan meriah dengan pertukaran budaya sesama mereka. walaupun sudah memiliki dunia yang baru iaitu alam rumah tangga, walaubagaimanapun , semua jenis perayaan akan disambut untuk mengeratkan silaturahim.

tidaklah diketepikan yang sudah menjadi sebati dalam kehipan dan tidak dihalangi untuk berbuat sedemikian :)

adakah islam terrorist ?


awal bulan may baru baru ini, adik Nina Grace telah memeluk agama islam dan diislamkan secara terbuka oleh Dr. Zakir Naik iaitu seorang pembanding Agama yang terkemuka di didunia. Kedatangan Dr. Zakir Naik disambut oleh ribuan penduduk dari sekitar kawasan Kemaman dan yang berhampiran. walaupun pada awal hebahan kedatangan Dr. Zakir sedikit mendapat tentangan ekoran tajuk ceramahan yang diberikan adalah menyentuh soal sensitiviti agama dalam kalangan rakyat Malaysia, namun begitu, ramai rakyat Malaysia yang menentang tentang penahanan Dr. Zakir Naik dari terus menyampaikan penceramhan beliau. setelah pihak JAKIM meneliti isi kandungan yang dib erikan, tidak terdapat unsur-unsur yang boleh menggugt keamanan di Negara ini,. walaubagaimanapun, penceramah tersebut haruslah meletakkan tajuk yang sesuai.

islam merupakan agama yang tidak memaksa mereka untuk memasuki dan belajar tentang islam. adik Nina Grace telah diislamakan di khalayak ramai dengan rela hati dan tidak terdapat paksaan. dan hebahan media yang menyatakan agama islam adalah agama yang memeaksa adalah silap sama sekali. malahan media massa merupakan senjata yang boleh menggugat penyebaran agama islam sekiranya penyampaian maklumat yang diberikan adalah salah danti tepat.

rakyat hari ini, seharusnya bijak menggunakan kemudahan yang dibekalkan pada kita hari ini, semua yang diuar-uarkan adalah maianan daripada pelbagai pihak. tidak semua penyebaran yang disampaikan adalah dalam bentuk kekejaman sedangkan mereka yang datang tanpa dipaksa. kita seharusnya adil dalam meneliti sesuatu maklumat yang diberikan.



Saturday, 21 May 2016

Consumerism

Ramai pengguna yang tidak mengambil peduli tentang kontrak yang mereka telah terlibat sehari hari. ramai yang telah menganggap ianya sesuatu yang mudah. ramai juga tidak mengetahui hal ini selanjutnya. 
pihak syarikat pula ramai yang tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah pengguna mereka kurang tahu terdapat undang-undang yang boleh digunapakai bagi mengelakkan pengguna mereka tertipu. 
disini saya telah memilih untuk berkongsi satu akta dan mededahkan kepada semua, bagaimana akta ini boleh melindungi kita semua

Kontrak Jualan Lansung(AJL)
Keterangan/Definisi
Seksyen 2 AJL 93- merupakan ‘jualan dari pintu ke pintu’ dan jualan pesanan pos.
‘jualan pintu ke pintu’ membawa maksud jualan barang dan perkhidmatan yang dijankan secara Pergi dari satu tempat ke satu tempat selain daripada tempat perniagaan yang ditetapkan atau Membuat panggilan telefon, mencari orang yang bersedia untuk membuat kontrak sebagai pembeli.
Jualan pesanan pos – jualan barang dan perkhidmatan yang dijalankan oleh seseorang, atau orang yang diberikan kuasa untuk menjalankan perniagaan, dengan menerima tawaran bagi kontrak jualan melalui pos.
Isu-Isu/Ulasan
Image result for consumerismSebelum AJL digubal, tidak terdapat mana-mana akta yang mengawal industri jualan lansung. Oleh itu, AJL digubal bertujuan untuk mengawal industri jualan lansung yang terdapat banyak penipuan ke atas pengguna. Kerajaan menggubal Undang-Undang tersebut bagi memastikan pelindungan pengguna, menggalakan pertumbuhan kaedah jualan secara lansung yang lebih beretika dan menghapuskan skim piramid.
Antara perlindungan pengguna dalam kontrak jualan lansung adalah
a.       Lesen Jualan Lansung
Jualan lansung hanya boleh dijalankan oleh syarikat yang mempunyai lessen yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Syarikat pula haruslah syarikat yang didaftarkan dibawah Akta Syarikat 1965. Perniagaan pemilakan tunggal, perkongsian dan Koperasi tidak dibenarkan menjalankan perniagaan secara lansung. Tujuan syarat dikenakan adalah bertujuan melindungi pengguna dengan memastikan pengendalian perniagaan ini adalah ah pendaftarannya dan jika terdapat masalah, syarikat ini mudah dikesan. Namun begitu, kemnterian boleh mengecualikan individu daripada peruntukan AJL melalui suatu perintah.
Menteri pernah mengeluarkan Perintah Jualan Lansung (pengecualian) 1993 yang mengecualikan peruntukan AJL dan Peraturan-Peraturan Jualan Lansung 1993 kepada individu yang menjalankan perniagaan lansung yang mana nilainya adalah tidak melebihi RM50.




b.      Jualan Pintu Ke Pintu
Seksyen 17(1) AJL telah menetapkan bahwa tiada sesiapa pun yang dibenarkan membuat kunjungan ke mana-mana premis untuk merundingkan jualan dari pintu ke pintu melainkan waktu-waktu yang ditetapkan. Mengikut peraturan 10, masa yang ditetapkan adalah pada hari bekerja iaitu pada jam 9 pagi sehingga 7 malam, sekiranya luar daripada masa tersebut, hendaklah mebuat temujanji terlebih dahulu. Tujuan hal ini dilakukan adalah supaya pengguna tidak diganggu oleh jurujual tanpa mengira waktu.
Jurujual yang memasuki mana-mana kawasan premis hendaklah menyatakan maksud kedatangannya seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 17. Peruntukkan ini dimasukkan adalah bertujuan untuk mengatasi masalah jurujual yang seringkali mengugut pengguna yang beliau tidak akan meninggalkan premis pengguna sekiranya pengguna tidak membeli barangan yang dipromosikan.
c.       Jualan pesanan Pos
AJL menetapkan jualan melalui pos hendaklah mempunyai maklumat yang telah ditetapkan seperti nama dan nombeo lessen orang yang mengeluarkan iklan, nombor telefon orang yang mengeluarkan iklan. Hal ini adalah bertujuan untuk iklan mengandungi maklumat yang betul mengenai barang dan juga orang yang mengiklankan barang tersebut. Sekiranya terdapat kepalsuan dalam maklumat yang diberikan, hal ini merupakan satu kesalahan. AJL juga telah menetapkan satu kesalahan bagi jualan secara pos yang tidak memberikan satu sampel terlebih dahulu untuk diperiksa oleh pengguna.
d.      Kehendak-kehendak Kontrak Jualan Lansung
Kontrak jualan lansung yang nilainya adalah melebihi RM300, kontrak hendakalah dibuat secara bertulis,mengandungi kenyataan berhubung dengan tempoh bertenang dan ditandatangi oleh penjual dan pembeli.
Seksyen 23(1) (b) menetapkan bahwa tempoh betenang adalah selama sepuluh hari tempoh bekerja hendaklah diberikan kepada pembeli yang bermula pada hari selepas tarikh pembuatan sesuatu kontrak telah ditandatangani. Dalam tempoh ini juga, tiada barang yang boleh diserahkan dan tiada pekhidmatan boleh dilaksanakan. Pembeli juga hendaklah diberikan kontrak pendua selepas kontrak ini dibuat.
Tujuan tempoh ini diberikan adalah untuk membolehkan pembeli berunding dengan ahli keluarga yang lain atau memikirkan semula kontrak yang telah ditandatangani. Peruntukkan ini bertujuan mengatasi jurujaul yang mamaksa pembeli untuk membayar sejumlah wang permulaan ataupun deposit. Sekiranya pembeli telah menukarkan fikiran untuk membatalkan kontrak, pembeli boleh meneruskan niatnya kerana kntrak yang dibuat belim dikuatkuasakan. Mana-mana kontrak jualan lansung yang tidak mematuhi seksyen ini, kontrak jualan lansung noleh batal serta-merta.




e.       Kandungan Kontrak Jualan Lansung.
Seksyen 24 (2) menjadikan suatu kontrak jualan lansung itu batal sekiranya ia tidak mengandungi butir-butir yang dinyatakan dalam seksyen 24 (2) (1).
f.       Larangan mengenepikan hak yang diberikan kepada pembeli.
AJL mengandungi peruntukkan yang melarang apa-apa hak yang diberikan kepada pengguan di bawaj AJL daripada disingkirkan, dihadkan, atau diubah. Peruntukkan ini bertujuan bagi memastikan objektif AJL untuk mengawalseliaan penjualan lansung tercapai dalam kepentingan pengguna.

KOMEN
Pada pendapat saya, undang undang AJL yang telah digubal oleh pihak kementerian sangat penting dan benar benar memberi pelindungan kepada pihak pembeli atau pengguna. Undang-Undang lagi Nampak jelas sumbangan nya apabila pembeli atau pengguna itu tahu atau telah didedahkan dengan undang undang ini. Hal ini adalah supaya mereka tahu yang apakah yang telah diperuntukkan AJL kepada mereka.
Pengguna atau pembeli yang telah didahkan akan lebih berhati-hati dalam memasuki kontrak jualan lansung dan tidak mudah tertipu. Lebih lebih lagi sekiranya terdapat masalah yang mungkin akan berlaku, mereka akan lebih bersedia kerana telah mempunyai makluman terlebih dahulu.
Pengguna yang tidak didahkan dengan undang-undang ini, kemungkinan akan mengalami kerugian yang amat besar dalam hidup mereka dan berkemungkianan akan menyukarkan pelbagai pihak untuk menyelesaikan. Pengguna yang mempunyai kesedaran tentang hal ini adalah pengguan yag bijak. Undang-undang yang digubal setiap masa hanya mampu menambahbaikkan keadaan tidak memberi jaminan perkara yang buruk tidak akan berlaku.


Saturday, 2 April 2016

Anomie (Jerebu)

http://www.bharian.com.my/node/76941

Ramai yang tidak sedar kepentingan alam sekitar ini kepada bumi ini. Setiap individu hendaklah memainkan peranan mereka untuk terus menjaga alam ini dan memastikan alam ini tidak berada dalam keadaan yang tercemar. Hal ini adalah kerana, alam yang berlakunya pencemaran akan menyebabkan kita manusia akan hidup dalam keadaan yang tidak selesa. Pencemaran pada Alam adalah seperti bauan, kotoran, pembakaran secara terbuka ataupun pencemaran air sumgai yang tidak bersih akibat pembuangan sampah yang tidak pada tempat yang sepatutnya.

keadaan Jerebu di sekitar Kuala Lumpur tahun 2015


hampir setiap tahun kita mengalami masalah jerebu yang didakwa disebabkan oleh pembakaran secara terbuka. perbuatan pembakaran secara terbuka adalah salah di sisi undang-undang kerana mengundang bahayanya. Sekolah mahupun pusat pengajian juga mengambil tindakan untuk ditutup sementara ekoran cuaca adalah sangat tidak bersih dan bimbang akan menjejaskan kesihatan.

apakah hak kita sebagai manusia dan juga rakyat sebagai masyarakat? apakah hak yang dituntut oleh Alam sekitar? kita hendaklah berbuat kebaikan pada alam sekitar kerana ia merupakan satu ciptaan Tuhan Yang Maha Esa, dan hak alam sekitar adalah kita mesti memelihara supaya hak individu pula terjamin iaitu hak menghirup udara yang bersih kerana ianya merupakan hak asasi utam kepada individu dan merupakan hak yang dimiliki tanpa batas. jadi sama sama lah kita mempeliharanya supaya maslah yang sering berlaku ini dapat dihindari atau paling kurang tidak menjejaskan kesihatan orang lain.

Friday, 1 April 2016

Law Of Right (Apple Vs Samsung / Samsung Vs Apple)


http://www.bharian.com.my/node/128654

Ini pula menjelaskan satu undang-Undang yang dirangka oleh oleh Manusia yang mana diadili oleh hakim yang berada di Makhamah. Undang-Undang yang boleh digubal berdasarkan peristiwa masa lampau dan boleh menyebabkan berlakunya ketidadilan dibumi ini.

saya memilih kes Apple vs Samsung yang mana Apple telah mendakwa Samsung meniru paten logo produk mereka, jadi kes ini telah dibawa ke Makhamah dan pada permulaan Apple menang dan Samsung perlu membayar pampasan tersebut.

walaubagaimanapun, Samsung membuat Rayuan dan kes tersebut dibawa pula kepada Makhamah dan Samsung pula yang Menang kes Rayuan tersebut. di Sini kita dapat lihat bagaimana undang-undang yang dibuat manusia boleh berubah dan mengikut keadaan.

pada pandangan saya, Samsung perlu menang kes ini adalah untuk menjaga imej syarikat mereka supaya pelanggan tak lari. begitu juga dengan Apple, mereka hanya mempertahankan hak mereka dan menggunakan undang-undang untuk menyelesaikan masalah yang berupa sedemikian. walaupun begitu, kemenagan untuk kes mereka diadili oleh hakim yang berada di dalam makhamah tersebut.

Law Of Nature (HUDUD)

http://www.sinarharian.com.my/nasional/penolakan-hudud-adalah-ujian-umat-islam-1.383129

Apa yang saya faham tentang hukum yang dikatakan semulajadi adalah hukum yang ditetapkan oleh Tuhan Seluruh Alam. Hukum yang kita manusia tidak ada tokok tambahnya dan telah dinyatakan dalam mukjizat Nabi Muhammad iaitu Sumber Utama,AlQuran.

Hukum Hudud adalah Hukum yang telah dinyatakan dalam AlQuran secara terang-terangan dan pastilah ianya mewajibkan kita untuk melaksanakannya. walaubagaimanapun, mengapa masih lagi menentang...?

pada pandangan saya, mereka yang menentang hukum yang di turunkan dari Tuhan adalah mereka yang kurang ilmu agamanya dan takut akan hukuman tetapi bukannya takut akan Tuhan. sekiranya hukum Ini dijalankan, masalah mengenai zina, kelahiran anak di luar nikah, budak yang berzina, dan mereka yang memerangi Allah pasti tidak akan terjadi kerana hukuman itu sememangnya layak diterima mereka yang berbuat demikian.

walaubagaimanapun, hukuman yang dinyatakan bukannya terus dilakukan membabi buta, berzina terus direjam, bukan... bukan dan tidak. AsSunnah kita pula ada menerangkan saat bila hukuman itu boleh dilaksanakan, sebagai contoh, umurnya berapa, saksi kejadian adalah berapa dan sebagainya. Hari ni ramai yang menolak Hudud Kerana merasakan Hukuman itu terasa kejam, Di akhirat kelak, lagi teruk dari ini yang dikenakan.

Firman Allah:

''Maka jika kamu tidak dapat membuat(nya) dan pasti kamu tidak dapat membuat(nya), peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu yang disediakan untuk orang kafir"
(AlBaqarah:24)

Pada kefahaman saya tentang Firman Allah, tujuan hukum Hudud adalah unutuk memelihara diri kita, dan sekiranya kita tak melaksanakannya, peliharalah juga diri kita, tetapi mampukah kita memelihara diri kita? wallahua'lam.