Ramai pengguna yang tidak mengambil peduli tentang kontrak yang mereka telah terlibat sehari hari. ramai yang telah menganggap ianya sesuatu yang mudah. ramai juga tidak mengetahui hal ini selanjutnya.
pihak syarikat pula ramai yang tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah pengguna mereka kurang tahu terdapat undang-undang yang boleh digunapakai bagi mengelakkan pengguna mereka tertipu.
disini saya telah memilih untuk berkongsi satu akta dan mededahkan kepada semua, bagaimana akta ini boleh melindungi kita semua
Kontrak
Jualan Lansung(AJL)
Keterangan/Definisi
Seksyen 2 AJL 93-
merupakan ‘jualan dari pintu ke pintu’ dan jualan pesanan pos.
‘jualan pintu ke pintu’
membawa maksud jualan barang dan perkhidmatan yang dijankan secara Pergi dari
satu tempat ke satu tempat selain daripada tempat perniagaan yang ditetapkan
atau Membuat panggilan telefon, mencari orang yang bersedia untuk membuat
kontrak sebagai pembeli.
Jualan pesanan pos –
jualan barang dan perkhidmatan yang dijalankan oleh seseorang, atau orang yang diberikan
kuasa untuk menjalankan perniagaan, dengan menerima tawaran bagi kontrak jualan
melalui pos.
Isu-Isu/Ulasan
Antara perlindungan
pengguna dalam kontrak jualan lansung adalah
a.
Lesen Jualan Lansung
Jualan
lansung hanya boleh dijalankan oleh syarikat yang mempunyai lessen yang
dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Syarikat pula haruslah syarikat yang didaftarkan dibawah Akta Syarikat 1965.
Perniagaan pemilakan tunggal, perkongsian dan Koperasi tidak dibenarkan
menjalankan perniagaan secara lansung. Tujuan syarat dikenakan adalah bertujuan
melindungi pengguna dengan memastikan pengendalian perniagaan ini adalah ah
pendaftarannya dan jika terdapat masalah, syarikat ini mudah dikesan. Namun
begitu, kemnterian boleh mengecualikan individu daripada peruntukan AJL melalui
suatu perintah.
Menteri
pernah mengeluarkan Perintah Jualan Lansung (pengecualian) 1993 yang
mengecualikan peruntukan AJL dan Peraturan-Peraturan Jualan Lansung 1993 kepada
individu yang menjalankan perniagaan lansung yang mana nilainya adalah tidak
melebihi RM50.
b.
Jualan Pintu Ke Pintu
Seksyen
17(1) AJL telah menetapkan bahwa tiada sesiapa pun yang dibenarkan membuat
kunjungan ke mana-mana premis untuk merundingkan jualan dari pintu ke pintu
melainkan waktu-waktu yang ditetapkan. Mengikut peraturan 10, masa yang
ditetapkan adalah pada hari bekerja iaitu pada jam 9 pagi sehingga 7 malam,
sekiranya luar daripada masa tersebut, hendaklah mebuat temujanji terlebih
dahulu. Tujuan hal ini dilakukan adalah supaya pengguna tidak diganggu oleh
jurujual tanpa mengira waktu.
Jurujual
yang memasuki mana-mana kawasan premis hendaklah menyatakan maksud
kedatangannya seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 17. Peruntukkan ini
dimasukkan adalah bertujuan untuk mengatasi masalah jurujual yang seringkali
mengugut pengguna yang beliau tidak akan meninggalkan premis pengguna sekiranya
pengguna tidak membeli barangan yang dipromosikan.
c.
Jualan pesanan Pos
AJL
menetapkan jualan melalui pos hendaklah mempunyai maklumat yang telah
ditetapkan seperti nama dan nombeo lessen orang yang mengeluarkan iklan, nombor
telefon orang yang mengeluarkan iklan. Hal ini adalah bertujuan untuk iklan
mengandungi maklumat yang betul mengenai barang dan juga orang yang
mengiklankan barang tersebut. Sekiranya terdapat kepalsuan dalam maklumat yang
diberikan, hal ini merupakan satu kesalahan. AJL juga telah menetapkan satu
kesalahan bagi jualan secara pos yang tidak memberikan satu sampel terlebih
dahulu untuk diperiksa oleh pengguna.
d.
Kehendak-kehendak Kontrak Jualan Lansung
Kontrak
jualan lansung yang nilainya adalah melebihi RM300, kontrak hendakalah dibuat
secara bertulis,mengandungi kenyataan berhubung dengan tempoh bertenang dan
ditandatangi oleh penjual dan pembeli.
Seksyen
23(1) (b) menetapkan bahwa tempoh betenang adalah selama sepuluh hari tempoh
bekerja hendaklah diberikan kepada pembeli yang bermula pada hari selepas
tarikh pembuatan sesuatu kontrak telah ditandatangani. Dalam tempoh ini juga,
tiada barang yang boleh diserahkan dan tiada pekhidmatan boleh dilaksanakan.
Pembeli juga hendaklah diberikan kontrak pendua selepas kontrak ini dibuat.
Tujuan
tempoh ini diberikan adalah untuk membolehkan pembeli berunding dengan ahli
keluarga yang lain atau memikirkan semula kontrak yang telah ditandatangani.
Peruntukkan ini bertujuan mengatasi jurujaul yang mamaksa pembeli untuk
membayar sejumlah wang permulaan ataupun deposit. Sekiranya pembeli telah
menukarkan fikiran untuk membatalkan kontrak, pembeli boleh meneruskan niatnya
kerana kntrak yang dibuat belim dikuatkuasakan. Mana-mana kontrak jualan
lansung yang tidak mematuhi seksyen ini, kontrak jualan lansung noleh batal
serta-merta.
e.
Kandungan Kontrak Jualan Lansung.
Seksyen
24 (2) menjadikan suatu kontrak jualan lansung itu batal sekiranya ia tidak
mengandungi butir-butir yang dinyatakan dalam seksyen 24 (2) (1).
f. Larangan
mengenepikan hak yang diberikan kepada pembeli.
AJL
mengandungi peruntukkan yang melarang apa-apa hak yang diberikan kepada
pengguan di bawaj AJL daripada disingkirkan, dihadkan, atau diubah. Peruntukkan
ini bertujuan bagi memastikan objektif AJL untuk mengawalseliaan penjualan
lansung tercapai dalam kepentingan pengguna.
KOMEN
Pada
pendapat saya, undang undang AJL yang telah digubal oleh pihak kementerian
sangat penting dan benar benar memberi pelindungan kepada pihak pembeli atau
pengguna. Undang-Undang lagi Nampak jelas sumbangan nya apabila pembeli atau
pengguna itu tahu atau telah didedahkan dengan undang undang ini. Hal ini
adalah supaya mereka tahu yang apakah yang telah diperuntukkan AJL kepada
mereka.
Pengguna
atau pembeli yang telah didahkan akan lebih berhati-hati dalam memasuki kontrak
jualan lansung dan tidak mudah tertipu. Lebih lebih lagi sekiranya terdapat
masalah yang mungkin akan berlaku, mereka akan lebih bersedia kerana telah
mempunyai makluman terlebih dahulu.
Pengguna
yang tidak didahkan dengan undang-undang ini, kemungkinan akan mengalami
kerugian yang amat besar dalam hidup mereka dan berkemungkianan akan
menyukarkan pelbagai pihak untuk menyelesaikan. Pengguna yang mempunyai
kesedaran tentang hal ini adalah pengguan yag bijak. Undang-undang yang digubal
setiap masa hanya mampu menambahbaikkan keadaan tidak memberi jaminan perkara
yang buruk tidak akan berlaku.