Saturday, 21 May 2016

Consumerism

Ramai pengguna yang tidak mengambil peduli tentang kontrak yang mereka telah terlibat sehari hari. ramai yang telah menganggap ianya sesuatu yang mudah. ramai juga tidak mengetahui hal ini selanjutnya. 
pihak syarikat pula ramai yang tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah pengguna mereka kurang tahu terdapat undang-undang yang boleh digunapakai bagi mengelakkan pengguna mereka tertipu. 
disini saya telah memilih untuk berkongsi satu akta dan mededahkan kepada semua, bagaimana akta ini boleh melindungi kita semua

Kontrak Jualan Lansung(AJL)
Keterangan/Definisi
Seksyen 2 AJL 93- merupakan ‘jualan dari pintu ke pintu’ dan jualan pesanan pos.
‘jualan pintu ke pintu’ membawa maksud jualan barang dan perkhidmatan yang dijankan secara Pergi dari satu tempat ke satu tempat selain daripada tempat perniagaan yang ditetapkan atau Membuat panggilan telefon, mencari orang yang bersedia untuk membuat kontrak sebagai pembeli.
Jualan pesanan pos – jualan barang dan perkhidmatan yang dijalankan oleh seseorang, atau orang yang diberikan kuasa untuk menjalankan perniagaan, dengan menerima tawaran bagi kontrak jualan melalui pos.
Isu-Isu/Ulasan
Image result for consumerismSebelum AJL digubal, tidak terdapat mana-mana akta yang mengawal industri jualan lansung. Oleh itu, AJL digubal bertujuan untuk mengawal industri jualan lansung yang terdapat banyak penipuan ke atas pengguna. Kerajaan menggubal Undang-Undang tersebut bagi memastikan pelindungan pengguna, menggalakan pertumbuhan kaedah jualan secara lansung yang lebih beretika dan menghapuskan skim piramid.
Antara perlindungan pengguna dalam kontrak jualan lansung adalah
a.       Lesen Jualan Lansung
Jualan lansung hanya boleh dijalankan oleh syarikat yang mempunyai lessen yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Syarikat pula haruslah syarikat yang didaftarkan dibawah Akta Syarikat 1965. Perniagaan pemilakan tunggal, perkongsian dan Koperasi tidak dibenarkan menjalankan perniagaan secara lansung. Tujuan syarat dikenakan adalah bertujuan melindungi pengguna dengan memastikan pengendalian perniagaan ini adalah ah pendaftarannya dan jika terdapat masalah, syarikat ini mudah dikesan. Namun begitu, kemnterian boleh mengecualikan individu daripada peruntukan AJL melalui suatu perintah.
Menteri pernah mengeluarkan Perintah Jualan Lansung (pengecualian) 1993 yang mengecualikan peruntukan AJL dan Peraturan-Peraturan Jualan Lansung 1993 kepada individu yang menjalankan perniagaan lansung yang mana nilainya adalah tidak melebihi RM50.




b.      Jualan Pintu Ke Pintu
Seksyen 17(1) AJL telah menetapkan bahwa tiada sesiapa pun yang dibenarkan membuat kunjungan ke mana-mana premis untuk merundingkan jualan dari pintu ke pintu melainkan waktu-waktu yang ditetapkan. Mengikut peraturan 10, masa yang ditetapkan adalah pada hari bekerja iaitu pada jam 9 pagi sehingga 7 malam, sekiranya luar daripada masa tersebut, hendaklah mebuat temujanji terlebih dahulu. Tujuan hal ini dilakukan adalah supaya pengguna tidak diganggu oleh jurujual tanpa mengira waktu.
Jurujual yang memasuki mana-mana kawasan premis hendaklah menyatakan maksud kedatangannya seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 17. Peruntukkan ini dimasukkan adalah bertujuan untuk mengatasi masalah jurujual yang seringkali mengugut pengguna yang beliau tidak akan meninggalkan premis pengguna sekiranya pengguna tidak membeli barangan yang dipromosikan.
c.       Jualan pesanan Pos
AJL menetapkan jualan melalui pos hendaklah mempunyai maklumat yang telah ditetapkan seperti nama dan nombeo lessen orang yang mengeluarkan iklan, nombor telefon orang yang mengeluarkan iklan. Hal ini adalah bertujuan untuk iklan mengandungi maklumat yang betul mengenai barang dan juga orang yang mengiklankan barang tersebut. Sekiranya terdapat kepalsuan dalam maklumat yang diberikan, hal ini merupakan satu kesalahan. AJL juga telah menetapkan satu kesalahan bagi jualan secara pos yang tidak memberikan satu sampel terlebih dahulu untuk diperiksa oleh pengguna.
d.      Kehendak-kehendak Kontrak Jualan Lansung
Kontrak jualan lansung yang nilainya adalah melebihi RM300, kontrak hendakalah dibuat secara bertulis,mengandungi kenyataan berhubung dengan tempoh bertenang dan ditandatangi oleh penjual dan pembeli.
Seksyen 23(1) (b) menetapkan bahwa tempoh betenang adalah selama sepuluh hari tempoh bekerja hendaklah diberikan kepada pembeli yang bermula pada hari selepas tarikh pembuatan sesuatu kontrak telah ditandatangani. Dalam tempoh ini juga, tiada barang yang boleh diserahkan dan tiada pekhidmatan boleh dilaksanakan. Pembeli juga hendaklah diberikan kontrak pendua selepas kontrak ini dibuat.
Tujuan tempoh ini diberikan adalah untuk membolehkan pembeli berunding dengan ahli keluarga yang lain atau memikirkan semula kontrak yang telah ditandatangani. Peruntukkan ini bertujuan mengatasi jurujaul yang mamaksa pembeli untuk membayar sejumlah wang permulaan ataupun deposit. Sekiranya pembeli telah menukarkan fikiran untuk membatalkan kontrak, pembeli boleh meneruskan niatnya kerana kntrak yang dibuat belim dikuatkuasakan. Mana-mana kontrak jualan lansung yang tidak mematuhi seksyen ini, kontrak jualan lansung noleh batal serta-merta.




e.       Kandungan Kontrak Jualan Lansung.
Seksyen 24 (2) menjadikan suatu kontrak jualan lansung itu batal sekiranya ia tidak mengandungi butir-butir yang dinyatakan dalam seksyen 24 (2) (1).
f.       Larangan mengenepikan hak yang diberikan kepada pembeli.
AJL mengandungi peruntukkan yang melarang apa-apa hak yang diberikan kepada pengguan di bawaj AJL daripada disingkirkan, dihadkan, atau diubah. Peruntukkan ini bertujuan bagi memastikan objektif AJL untuk mengawalseliaan penjualan lansung tercapai dalam kepentingan pengguna.

KOMEN
Pada pendapat saya, undang undang AJL yang telah digubal oleh pihak kementerian sangat penting dan benar benar memberi pelindungan kepada pihak pembeli atau pengguna. Undang-Undang lagi Nampak jelas sumbangan nya apabila pembeli atau pengguna itu tahu atau telah didedahkan dengan undang undang ini. Hal ini adalah supaya mereka tahu yang apakah yang telah diperuntukkan AJL kepada mereka.
Pengguna atau pembeli yang telah didahkan akan lebih berhati-hati dalam memasuki kontrak jualan lansung dan tidak mudah tertipu. Lebih lebih lagi sekiranya terdapat masalah yang mungkin akan berlaku, mereka akan lebih bersedia kerana telah mempunyai makluman terlebih dahulu.
Pengguna yang tidak didahkan dengan undang-undang ini, kemungkinan akan mengalami kerugian yang amat besar dalam hidup mereka dan berkemungkianan akan menyukarkan pelbagai pihak untuk menyelesaikan. Pengguna yang mempunyai kesedaran tentang hal ini adalah pengguan yag bijak. Undang-undang yang digubal setiap masa hanya mampu menambahbaikkan keadaan tidak memberi jaminan perkara yang buruk tidak akan berlaku.


No comments:

Post a Comment