Ramai yang tidak sedar kepentingan alam sekitar ini kepada bumi ini. Setiap individu hendaklah memainkan peranan mereka untuk terus menjaga alam ini dan memastikan alam ini tidak berada dalam keadaan yang tercemar. Hal ini adalah kerana, alam yang berlakunya pencemaran akan menyebabkan kita manusia akan hidup dalam keadaan yang tidak selesa. Pencemaran pada Alam adalah seperti bauan, kotoran, pembakaran secara terbuka ataupun pencemaran air sumgai yang tidak bersih akibat pembuangan sampah yang tidak pada tempat yang sepatutnya.
![]() |
| keadaan Jerebu di sekitar Kuala Lumpur tahun 2015 |
hampir setiap tahun kita mengalami masalah jerebu yang didakwa disebabkan oleh pembakaran secara terbuka. perbuatan pembakaran secara terbuka adalah salah di sisi undang-undang kerana mengundang bahayanya. Sekolah mahupun pusat pengajian juga mengambil tindakan untuk ditutup sementara ekoran cuaca adalah sangat tidak bersih dan bimbang akan menjejaskan kesihatan.
apakah hak kita sebagai manusia dan juga rakyat sebagai masyarakat? apakah hak yang dituntut oleh Alam sekitar? kita hendaklah berbuat kebaikan pada alam sekitar kerana ia merupakan satu ciptaan Tuhan Yang Maha Esa, dan hak alam sekitar adalah kita mesti memelihara supaya hak individu pula terjamin iaitu hak menghirup udara yang bersih kerana ianya merupakan hak asasi utam kepada individu dan merupakan hak yang dimiliki tanpa batas. jadi sama sama lah kita mempeliharanya supaya maslah yang sering berlaku ini dapat dihindari atau paling kurang tidak menjejaskan kesihatan orang lain.

No comments:
Post a Comment