Friday, 1 April 2016

Law Of Nature (HUDUD)

http://www.sinarharian.com.my/nasional/penolakan-hudud-adalah-ujian-umat-islam-1.383129

Apa yang saya faham tentang hukum yang dikatakan semulajadi adalah hukum yang ditetapkan oleh Tuhan Seluruh Alam. Hukum yang kita manusia tidak ada tokok tambahnya dan telah dinyatakan dalam mukjizat Nabi Muhammad iaitu Sumber Utama,AlQuran.

Hukum Hudud adalah Hukum yang telah dinyatakan dalam AlQuran secara terang-terangan dan pastilah ianya mewajibkan kita untuk melaksanakannya. walaubagaimanapun, mengapa masih lagi menentang...?

pada pandangan saya, mereka yang menentang hukum yang di turunkan dari Tuhan adalah mereka yang kurang ilmu agamanya dan takut akan hukuman tetapi bukannya takut akan Tuhan. sekiranya hukum Ini dijalankan, masalah mengenai zina, kelahiran anak di luar nikah, budak yang berzina, dan mereka yang memerangi Allah pasti tidak akan terjadi kerana hukuman itu sememangnya layak diterima mereka yang berbuat demikian.

walaubagaimanapun, hukuman yang dinyatakan bukannya terus dilakukan membabi buta, berzina terus direjam, bukan... bukan dan tidak. AsSunnah kita pula ada menerangkan saat bila hukuman itu boleh dilaksanakan, sebagai contoh, umurnya berapa, saksi kejadian adalah berapa dan sebagainya. Hari ni ramai yang menolak Hudud Kerana merasakan Hukuman itu terasa kejam, Di akhirat kelak, lagi teruk dari ini yang dikenakan.

Firman Allah:

''Maka jika kamu tidak dapat membuat(nya) dan pasti kamu tidak dapat membuat(nya), peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu yang disediakan untuk orang kafir"
(AlBaqarah:24)

Pada kefahaman saya tentang Firman Allah, tujuan hukum Hudud adalah unutuk memelihara diri kita, dan sekiranya kita tak melaksanakannya, peliharalah juga diri kita, tetapi mampukah kita memelihara diri kita? wallahua'lam.



No comments:

Post a Comment